Jumaat, 16 Oktober 2015

Kek butter sedapšŸ“¢

Kek Butter Paling Senang !

Hi

Kek apa yang paling senang dibuat selain kek batik biskut Marie ? *Orang kuat kudap kudap tapi pemalas camnih memang nak resepi paling mudah

Maka......Butter cake. Mari..come to mommah ! Tapi inI butter cake edisi bertapakkan Cadbury. 

Bahan-bahan yang memang dah ada dalam dalam rumah.  

1 buku butter (250 gram)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu besar esen vanilla

Coklat Cadbury (sebagai base) . Sukahati nak guna coklat apa yang korang suka tapi iols paling suka rasa Cadbury tu bila dah jadi cake. Tapi kalau taknak yang ada base and nak cake butter semata pun takpe. Depends.

-
-
-



STEP 1 
Masukkan butter, gula , telur..dan gaulkan sampai sebati. Nak guna mesin pun boleh tapi kalau gigih dan pemalas nak cuci mesin tu sila guna tangan. Nanti duk berendam jela besi pemutar tu kat sinki nanti. Iols pukul guna tangan je. Sebab memikir kang sinki penuh dengan banyak tools. T_T


Guna cawan jenis ni ok bebeh.

1 cawan gula

4 biji telur. 


-
-

-
-
-
STEP 2 
Masukkan 2 cawan tepung sikit demi sikit. Pukul adunan sehingga sebati. Eh ayat skema plak tetiba. Em tapi gaul2 sampai tepung semua berpelukan with the butter ok bebeh. Gaul dengan kasih sayang sebelum they all nak kena seksa bakar dalam oven.  

Masukkan esen vanilla juga.

2 cawan tepung





STEP 3
Sapu minyak pada loyang., setiap inci perlu dilumur minyak ok.  Taknak la melekat. Susah nanti nak potong cake happy birthday to you happy birthday to you.





STEP 4
Okeh, letak layer pertama yang nipis...




STEP 5
Susun Cadbury. Letak je semua bar tu penuh talam tu. I mengada saja je nak buat tingkat2. hehe. Tapi the best way is just letak je seluruh loyang tu coklat Cadbury. Pastuh simbah je adunan semua atas coklat Cadbury tuh.


STEP 6
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah.



STEP 7
Bila oven dah panas, bakar adunan tadi. selama 30 minit. Tapi ikut oven korang lah. Kalau cucuk dengan lidi and tak melekat tu maksudnya dah masak lah tu.

Guna API BAWAH !

Tadaaa !




Boleh dihidang dengan air nescafe panas. Cuba sekali hendak lagi. Ewah. Sekejap je seloyang dah nak habis. eh ni resepi my mother, I cilok aje. Credit to the mother yang sedang busy main candy crush. Level 400, hebakk.

Toodles !

BY ™ANJENURUL™

Tiada ulasan:

Catat Ulasan