Jumaat, 16 Oktober 2015

Eyeshadow

Hi..

I dulu rasa paling susah nak apply is eyeshadow sebab tak reti. Salah pakai nanti nampak macam clown sebab benda berwarna atas muka kan. Tapi I jenis suka sibuk2 kat dalam Parkson , Jusco , Isetan ke bahagian2 jual makeup tu kan pastu I buat2 tanya jurumekap yang jaga kat situ. mihmih. Pastu lagi satu I selalu survey eyeshadow palette yang dah setup kan warna untuk satu look. Pastu pandai pulak tu I berdepek kat booth makeup yang vogue the vass jenama Lancome, Chanel ke...hahaa. Niat xnak beli pun tapi nak eksperimen and cilok ilmu diorang nih.


So for today, I share macam mana nak pick warna for natural makeup lah. Tak heavy punya makeup.


Jadikan palette ni sebagai contoh....



Selalu kalau set palette eyeshadow camnih, untuk basic look..akan ada 3 atau 4 warna je .Macam contoh palette eyeshadow di atas ni...ada warna LIGHT PINK , DARKER PINK , LIGHT GREY AND DARKER GREY. So basically kalau nak eyeshadow yang nampak natural...guna 3 ke 4 warna saja.

I banyak palette yang package basic camnih so I perasan lah kalau nak pick warna..hanya 3 to 4 colours saja. 

Susah kalau untuk each look, korang perlu beli palette set camtuh kan. Lagipun lebih mahal. So if ada palette eyeshadow yang ada semua warna pun lagi bagus cumanya nak pilih warna lah tak tahu kan takut end up jadi badut party hari jadi. Sarung rambut afro kerinting...sebijikRonald Mc Donald. Tapi xkan kalau baju warna biru nak kena beli set pallete biru , baju hijau then beli set palette hijau. 

So senangkan hidup,beli palette besar yang ada semua warna terus...sonang




So mari sini,ini trick nya...

I bagi contoh untuk eyeshadow natural look. Contoh kalau nak eyeshadow warna pink.

1) Pilih satu warna pink cerah
2) Pilih satu warna pink gelap
3) Pilih satu warna samada kelabu gelap atau brown gelap atau dark gold .

Here is my pick untuk natural pink eyeshadow...



Light pink untuk bahagian depan hingga ke tengah kelopak mata

Darker pink bahagian untuk warna dari tengah kelopak mata hingga ke hujung kelopak mata.

Dark coklat untuk highlight bahagian eye crease dan sedikit hujung kelopak mata. Untuk highlight kelopak mata.

Combination light pinkdarker pink andbrown


Tutorial...

1) Light pink apply dari awal kelopak mata hingga tengah kelopak mata 

2) Darker pink apply dari tengah kelopak mata sampai ke hujung kelopak mata.

3) Brown apply guna berus di line kelopak mata / eye crease dan sedikit di hujung mata untuk highlight kan kelopak mata.

4) Lukis eyeliner

5) Kepit dan lentikkan bulu mata

6) Apply mascara

Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan