Ahad, 29 November 2015

My favourite Drama Tuan Anas Mikael'

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam. Tetapi... Di Krabi... “Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih... Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL Ayu Maisarah, kecewa! “Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh. Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya? “Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL
glitter-graphics.com

Ahad, 15 November 2015

Untungnye menjadi wanita"


6 Sebab beruntungnye jadi perempuan kerana mempunyai rahim☜Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA....... by:KakiLIKE nie yang membuat kan aku tak sabOr nak kawin..hehe bab nie yang paling sedap di dengOr "sepanjang dia/wanita mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.."... bubuii..^^
glitter-graphics.com

Sabtu, 17 Oktober 2015

LIP BALM

CiUM Lip Balm !

Hi

A simple way to say thank you as appreciation to partner is thru kisses. For me even dah kahwin berpuluh tahun pun kena keep marriage exciting. I bukan nak ajar korang bercium bukan bukannnn takde tutorial kat sini woih. Hanya nak share pasal lip balm CiUM yang boleh enhance kissing experiences for couples. Tak semestinya lips kissing saja (hoihhh), it can be kisses on the forehead, cheeks, or everywhere hehehhh with ur soft and flavorable lips .


First time I jumpa lip balm yang paling unik macam ni. Selalunya lip balm berfungsi untuk lembapkan bibir yang kering je tapi i jumpa lip balm yang bukan setakat bagi kelembapan kat bibir but at the same time khas untuk pasangan lovey dovey jugak. Tapi part yang lovey dovey tu,  Haippp yang dah kahwin je boleh okays , kalau yang belum kahwin i call JAIS. ekekke. The first lipbalm untuk kissing experience lebih menyerlah. 


Its CiUM lip balm ! hehe. Unik and first kissing lip balm in Asia. Idea tentang kissing lip balm ni tercetus bila founder CiUM lip balm ni terpaksa berjauhan dengan kekasihnya since both kerja as pilot. Sorang based in semenanjung Malaysia, sorang lagi based in Philiphine. Cool gila both pun pilot hihiks. Boleh imagine tak bila dua dua berjauhan mesti rindu gila.


Ini dia CiUM lip balm ! Dah nama pun founder dia pilot yang sedang berjauhan dengan gf yang juga pilot juga, I excited gila bila tengok packaging dia.


See ! teheee



CiUM lipbalm ni ada 4 flavour. Setiap kotak akan dapat 2 flavour Sambal + Ais and lagi satu pair is S'Berry + Meeko.  Satu kotak RM29 saja. 

Sambal , Ais , Meeko and S'Berry 

My most favourite is S'Berry and Ais sebab ada rasa menthol. For CiUM Meeko ada rasa manis macam gula.  Sambal pun rasa manis tapi bau sambal hehe.

Apa kena mengena lip balm dengan kissing and appreciation towards partner ? weheee. Simple. CiUM ni boleh enhance kan kelembutan lips and as flavour. So yeah, eh shy shy ! Of course korang nak kiss ur partner with the softest lips right. 


My lips memang sangat kering sampai terkopek. Erghhh. Sangat best apply CiUM lipbalm ni sebab contains shea butter untuk lembapkan bibir. 


Bagus jugak kalau dijadikan sebagai hadiah. During Valentine’s 2016 akan ada pakej terbaru tapi limited edition lah . So kena pre-order dulu kalau nak sebab stock akan cepat habis as high demand dari AirAsia. CiUM lipbalm ni dijual dalam AirAsia flights jugak ! Cool gila , packaging dia pun ala-ala pilot . So stock akan cepat habis la untuk yang pakej limited edition nih. 

Jumaat, 16 Oktober 2015

Kek moist coklat

Asalamualaikum...hey hello..


Dah lama dah teringin nak makan chocolate moist cake ni. Nampak kat Petronas hari tu ada jual pastu terlupa beli lepas tu bila datang lagi sekali takde. So sedih pastu dah lah *baik buat sendiri. ekekke. Sebab buat sendiri boleh dapat banyak semua orang boleh makan sama-sama. semangat kekeluargaan sangat. hihi. Nak buat pun senang je, sambil boleh menari-nari. ekekke. Berlagak kemain. Nah try lah buat. Serious sedap. ➡ . Cubalah kome...

So mari hari ni belajar buat ....nak buat senang je. ...*saya jenis nak share recipe yang senang je. hihihi. Yang susah 100 tahun sekali baru share kat sini. ekekke

Mula-mula kita buat kek dia dulu, ni bahan-bahan untuk buat .Pergi kedai, sila beli 11 bahan ni tau ! kena 11 bahan tau , kalau tak tak jadi. kihkih 

1) tepung gandum
2)  cawan gula perang
3) Serbuk koko (brand Van Hauton)
4) Susu pekat manis
5) Susu full cream (Dutch lady)
6) Soda bikarbonat
7) Baking powder
8) Minyak masak
9) Butter
10) 3 biji telur
11) Essence vanilla

Mula-mula buat cake dia dulu...Ok imagine macam buat eksperimen kimia dalam lab ok...mihmih.

Ini campuran X
1) 1 cawan gula perang
2) 1 cawan susu full cream
3) 1/2 cawan susu pekat manis
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 cawan serbuk koko

Masukkan semua lima bahan tu dalam periuk tu , masak dalam api yang kecik and kacau sampai sebati ok.

Campuran Y
1) 1 1/4 cawan tepung
2) 1 TSP soda bikarbonat
3) 1 TSP serbuk penaik

Campur 3 bahan tu masuk dalam bekas macam tu and ayak kan untuk asingkan ketul2. Baru lah cake smooth je nanti. Kadang2 tepung macam ada ketul2 tu kan, so bila ayak jadi halus lah. mihmih. Mu pehe dop ni ? 

Campuran Z
1) 3 biji telur
2) 1 TSP essence vanilla

PEcahkan 3 telur tu and kacau hingga sebati dengan 1 TSP esen vanilla tu. 

Ok dah siap bahan eksperimen X, Y and Ztu, hasil macam bawah ni...

Ok pastu dah senang dah...

Z tu masukkan dalam X . Kacau sampai sebati sampai betul2 sebati.

Then Y tu masukkan dalam campuranX+Z tadi tu. Gaul sampai sebati. Make sure takde ketulan2 tepung. So bila dah siap sebati tu dah boleh kukus. Kukus dalam masa 1 jam 20 minit.

Pastu untuk buat dia punya topping tu untuk salut cake tadi tu guna 3 bahan ni..

1) 1 sudu butter
2) 1 cawan serbuk koko /satu bar chocolate tu. Saya pakai 1 bar chocolate sebab sebuk koko tadi tak cukup. kehkeh
3) 1/2 cawan susu pekat manis

masak semua bahan tu sampai sebati. Then salut atas kek yang dah siap tadi tu...macam gini....hiihihihihi

Taddaaaa ! Serious sedap. Ikut je resipi kek coklat moist ni pastu siap sedia untuk nomnomnomnom...hihi.

Pastu last sekali ratah balance chocolate....mihmih...makan dengan roti.

Best nya kalau dapat merasa jugak ni !


Selamat mencuba..! Toodless ! :D

---------

Eyeshadow

Hi..

I dulu rasa paling susah nak apply is eyeshadow sebab tak reti. Salah pakai nanti nampak macam clown sebab benda berwarna atas muka kan. Tapi I jenis suka sibuk2 kat dalam Parkson , Jusco , Isetan ke bahagian2 jual makeup tu kan pastu I buat2 tanya jurumekap yang jaga kat situ. mihmih. Pastu lagi satu I selalu survey eyeshadow palette yang dah setup kan warna untuk satu look. Pastu pandai pulak tu I berdepek kat booth makeup yang vogue the vass jenama Lancome, Chanel ke...hahaa. Niat xnak beli pun tapi nak eksperimen and cilok ilmu diorang nih.


So for today, I share macam mana nak pick warna for natural makeup lah. Tak heavy punya makeup.


Jadikan palette ni sebagai contoh....



Selalu kalau set palette eyeshadow camnih, untuk basic look..akan ada 3 atau 4 warna je .Macam contoh palette eyeshadow di atas ni...ada warna LIGHT PINK , DARKER PINK , LIGHT GREY AND DARKER GREY. So basically kalau nak eyeshadow yang nampak natural...guna 3 ke 4 warna saja.

I banyak palette yang package basic camnih so I perasan lah kalau nak pick warna..hanya 3 to 4 colours saja. 

Susah kalau untuk each look, korang perlu beli palette set camtuh kan. Lagipun lebih mahal. So if ada palette eyeshadow yang ada semua warna pun lagi bagus cumanya nak pilih warna lah tak tahu kan takut end up jadi badut party hari jadi. Sarung rambut afro kerinting...sebijikRonald Mc Donald. Tapi xkan kalau baju warna biru nak kena beli set pallete biru , baju hijau then beli set palette hijau. 

So senangkan hidup,beli palette besar yang ada semua warna terus...sonang




So mari sini,ini trick nya...

I bagi contoh untuk eyeshadow natural look. Contoh kalau nak eyeshadow warna pink.

1) Pilih satu warna pink cerah
2) Pilih satu warna pink gelap
3) Pilih satu warna samada kelabu gelap atau brown gelap atau dark gold .

Here is my pick untuk natural pink eyeshadow...



Light pink untuk bahagian depan hingga ke tengah kelopak mata

Darker pink bahagian untuk warna dari tengah kelopak mata hingga ke hujung kelopak mata.

Dark coklat untuk highlight bahagian eye crease dan sedikit hujung kelopak mata. Untuk highlight kelopak mata.

Combination light pinkdarker pink andbrown


Tutorial...

1) Light pink apply dari awal kelopak mata hingga tengah kelopak mata 

2) Darker pink apply dari tengah kelopak mata sampai ke hujung kelopak mata.

3) Brown apply guna berus di line kelopak mata / eye crease dan sedikit di hujung mata untuk highlight kan kelopak mata.

4) Lukis eyeliner

5) Kepit dan lentikkan bulu mata

6) Apply mascara

Bye

BROWNIES NUTELLA

Resepi Brownies Nutella !

Hi

Ye, recipe kat blog ni memang yang paling senang sebab nursuka makan benda yang senang nak buat aje. Hari ni mari lah pula belajar cara buat brownies. Brownies memang akan rasa kelat2 chewy sikit. enak dinikmati bersama ice-cream perasa vanilla. So brownies version ni hanya guna 4 bahan saja. Tahu recipe ni lepas ada kawan wassap gambar 3 bahan tuh . thankiu uolss.

Mari buat untuk suami dan anak2 minum petang. Nak buat untuk candy buffet ke , makan sendiri pun takde masalah sebab nak buat nya senang sangat. Dah jangan banyak bunyi lagi, mari lah terus ke recipe. 

Bahan- bahan mudah yang  pergi kedai mesti ada. mihmih

4 bahan .
-Nutella 200 gram ( i beli yang 375 gram tu terus, lebihan buat topping ok)
- 8 sudu size sederhana (bukan sudu besar ) tepung gandum
-2 biji telur
- 4 sudu susu pekat manis ( I memang genetik kencing manis, suka makan manis.If u guys nak skip bahan keempat ni pun takpe cumanya brownies nanti takde rasa manis. Coklat aje..bosan )
- cup kecil. nak guna cup besar pun boleh tapi kecik2  lg sedap makan.




Step 1
Nutella + 2 biji telur + mangkuk dan garfu


Tuangkan sekali nutella dan 2 biji telur dalam mangkuk. Gaul sampai sebati. Gaul guna mixer lebih cepat tapi kalau tahap pemalas macam I ni malas nak keluarkan mixer dari kotak almari lepas nanti nak cuci berselirat coklat kat besi mixer tuh. so nur gaulkan guna garfu je tapi penat

Ini hasilnya. Lenguh tangan haku. Kalau guna mixer kan sonang. 




Step 2
Campuran sebati nutella dan 2 biji telur tadi + 4 sudu susu pekat manis.Then gaul sampai sebati.




Step 3
Masukkan tepung..sikit demi sedikit sambil gaul sampai sebati. Hingga lah habis 10 sudu tepung tadi tuh.

Gigih gaul 10 sudu tepung tadi. Lenguh tangan. Em bab ketiak takyah cerita ahh. hahahh.

Taddaaa ini hasilnya !




Step 4
-Masukkan adunan ke dalam cup cup kecik ni. Masukkan adunan 3/4 penuh saja sebab nanti bil bakar kan kembang.



Step 5
Bakar dalam suhu 200 darjah , api oven atas bawah. Bakar selama 15 - 20 minutes. bab ni depends on oven masing2. Kena rajin cucuk2 la brownies tu dengan lidi. Kalau cucuk then takde apa2 yang melekat pada lidi..maksudnya dah masak yeayyy. Cuba bakar satu biji dulu untuk eksperimen. bila dah confirm, then baru masukkan satu loyang dengan dan bakar dengan timing yang tepat.
Dapat dalam 50 biji lah. Rangup kat atas dan chewy di dalam. Ya itulah brownies namanya.




Dah boleh makan. Rasa dia rangup kat atas...and lembut chewy2 di dalam. Cubalah !



Ideas for topping..
-Boleh hias dengan coklat nutella and letak kacang cincang
- boleh letak ice-cream perasa vanilla. / potong brownies cincang dadu then masukkan dalam ice-cream pun boleh.
- buat topping cream cheese dan hiaskan dengan buah.

Nur tak buat topping. Tak sabar. Ngapp terus. Tapi kalau untuk majlis or candy buffet majlis ke...hias lah. 3 ideas nur bagi tuhhh. 


ANJENURUL 

Kek butter sedapšŸ“¢

Kek Butter Paling Senang !

Hi

Kek apa yang paling senang dibuat selain kek batik biskut Marie ? *Orang kuat kudap kudap tapi pemalas camnih memang nak resepi paling mudah

Maka......Butter cake. Mari..come to mommah ! Tapi inI butter cake edisi bertapakkan Cadbury. 

Bahan-bahan yang memang dah ada dalam dalam rumah.  

1 buku butter (250 gram)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu besar esen vanilla

Coklat Cadbury (sebagai base) . Sukahati nak guna coklat apa yang korang suka tapi iols paling suka rasa Cadbury tu bila dah jadi cake. Tapi kalau taknak yang ada base and nak cake butter semata pun takpe. Depends.

-
-
-



STEP 1 
Masukkan butter, gula , telur..dan gaulkan sampai sebati. Nak guna mesin pun boleh tapi kalau gigih dan pemalas nak cuci mesin tu sila guna tangan. Nanti duk berendam jela besi pemutar tu kat sinki nanti. Iols pukul guna tangan je. Sebab memikir kang sinki penuh dengan banyak tools. T_T


Guna cawan jenis ni ok bebeh.

1 cawan gula

4 biji telur. 


-
-

-
-
-
STEP 2 
Masukkan 2 cawan tepung sikit demi sikit. Pukul adunan sehingga sebati. Eh ayat skema plak tetiba. Em tapi gaul2 sampai tepung semua berpelukan with the butter ok bebeh. Gaul dengan kasih sayang sebelum they all nak kena seksa bakar dalam oven.  

Masukkan esen vanilla juga.

2 cawan tepung





STEP 3
Sapu minyak pada loyang., setiap inci perlu dilumur minyak ok.  Taknak la melekat. Susah nanti nak potong cake happy birthday to you happy birthday to you.





STEP 4
Okeh, letak layer pertama yang nipis...




STEP 5
Susun Cadbury. Letak je semua bar tu penuh talam tu. I mengada saja je nak buat tingkat2. hehe. Tapi the best way is just letak je seluruh loyang tu coklat Cadbury. Pastuh simbah je adunan semua atas coklat Cadbury tuh.


STEP 6
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah.



STEP 7
Bila oven dah panas, bakar adunan tadi. selama 30 minit. Tapi ikut oven korang lah. Kalau cucuk dengan lidi and tak melekat tu maksudnya dah masak lah tu.

Guna API BAWAH !

Tadaaa !




Boleh dihidang dengan air nescafe panas. Cuba sekali hendak lagi. Ewah. Sekejap je seloyang dah nak habis. eh ni resepi my mother, I cilok aje. Credit to the mother yang sedang busy main candy crush. Level 400, hebakk.

Toodles !

BY ™ANJENURUL™